• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPN, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Okt tahun ini.

“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.

“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

Media sebelum ini melaporkan pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Bernama-

Tags: JPNMykidpermohonan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

AGC Tetap Failkan Permohonan Semak Semula Perintah Pelepasan Najib

AGC Tetap Failkan Permohonan Semak Semula Perintah Pelepasan Najib

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan...

Tidak Perlu Pun Failkan Apa-Apa Permohonan, Mahkamah Boleh Keluar Perintah Baharu Pada Hari Sama – Yusfari

Tidak Perlu Pun Failkan Apa-Apa Permohonan, Mahkamah Boleh Keluar Perintah Baharu Pada Hari Sama – Yusfari

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr Yusfarizal Yussoff berpandangan bahawa perintah mahkamah untuk melepaskan Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd