• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Tindak Balas Serangan Pengganas Di Ahvaz

oleh Haris
01/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IRAN telah bertindak balas kepada serangan terhadap Pengawal Revolusi di Ahvaz minggu lalu, apabila melancarkan peluru berpandu ke sasaran militan didakwa bertanggungjawab di Syria.

Laman berita rasmi Pengawal Revolusi, Sepah News menerbitkan satu kenyataan rasmi menyatakan serangan itu telah dilancarkan.

Beberapa orang militan terbunuh dalam serangan peluru berpandu itu, di wilayah Albu Kamal di timur Syria, lapor Fars News.

Dalam kenyataan Pengawal Revolusi, mereka mengatakan militan disasarkan di wilayah timur Sungai Furat.

Pergerakan pemisah Ahvaz, sebuah kumpulan pemisah terdiri daripada etnik Arab dan kumpulan Daesh kedua-dua mengaku bertanggungjawab dalam serangan terhadap perbarisan mengingati perang dengan Iraq minggu lalu yang mengorbankan 25 orang.

Pengawal Revolusi, pasukan tentera paling berkuasa di Iran, berkata dalam kenyataannya enam peluru berpandu dilancarkan ke Syria dari barat Iran.

Tujuh buah dron juga digunakan untuk mensasarkan kedudukan militan dalam serangan itu, menurut kenyataan itu lagi.

Antara yang terkorban dalam serangan 22 September lalu ialah 12 orang anggota Pengawal Revolusi.

Mereka menyertai perbarisan mengingati permulaan perang Iran dengan Iraq pada 1980-1988 apabila ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei berkata minggu lalu yang militan bertanggungjawab dalam serangan di Ahvaz dibayar oleh Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan berikrar akan menghukum keras mereka yang bertanggungjawab. – Reuters

Tags: Iran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd