• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Lancar Serangan Peluru Berpandu

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Pasukan tentera elit Pengawal Revolusi Iran melancarkan serangan peluru berpandu terhadap ibu pejabat ‘pengganas’ di Syria sebagai membalas serangan ke atas bandar Ahvaz di Iran pada September lalu.

“Ibu pejabat mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah keganasan di Ahvaz diserang dengan menggunakan peluru-peluru berpandu ba­­listik oleh unit Pengawal Revolusi beberapa minit lalu. Sasaran tersebut terletak di timur Sungai Euphrates,” kata pasukan berkenaan di laman web rasminya.

“Berdasarkan laporan awal, ramai ‘pengganas takfiri’ dan pemimpin yang bertanggungjawab ke atas jena­yah keganasan di Ahvaz telah terbu­nuh atau cedera dana serangan peluru berpandu itu,” tambahnya.

Terma ‘takfiri’ digunakan oleh pihak berkuasa Iran untuk merujuk kepada pejuang Sunnah.

Unit elit berkenaan tidak mendedahkan lokasi misil itu dilancarkan.

Bagaimanapun menurut agensi be­rita Fars, unit Pengawal Revolusi Iran melancarkan misil Zolfagar dan Qiam yang setiap satu memiliki jarak sasaran 750 kilometer (km) dan 800km.

Pada 22 September lalu, seramai 24 orang ditembak mati dalam serangan ke atas satu perarakan tentera di Ahvaz, barat daya Iran. Kumpulan militan Daesh di Syria mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: IranPeluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd