Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Jerit Wujudkan Petisyen `Online’...

KUALA LUMPUR - Gerakan propembangkang, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mewujudkan petisyen dalam talian...

Remaja 14 Tahun &...

PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek...

Mahathir Dakwa Orang Melayu...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti...

Bunuh Wanita Perancis: Hukuman...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang peniaga kerana membunuh seorang...

ICJ Arah AS Kurangkan Sekatan Iran

MAHKAMAH Dunia pada Rabu memerintahkan Amerika Syarikat agar memastikan sekatan yang dikenakan terhadap Iran tidak menjejaskan bantuan kemanusiaan dan keselamatan penerbangan awam.

Para hakim di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kemenangan pada Tehran, yang berhujah bahawa sekatan dikenakan sejak Mei oleh pentadbiran AS di bawah Presiden Donald Trump mencabul perjanjian ditandatangani kedua-dua negara pada 1955.

Keputusan itu dilihat hanya akan memberi kesan praktikal yang minima pada pelaksanaan sekatan, yang dikenakan semula oleh AS selepas menarik diri daripada perjanjian nuklear lima negara dengan Iran pada 2015.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa ialah mahkamah tertinggi PBB untuk menyelesaikan pertikaian antara negara.

Keputusan ICJ mengikat tetapi ia tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya, dan kedua-dua AS dan Iran pernah mengabaikan keputusan mahkamah itu sebelum ini, yang dibawa terhadap satu sama lain.

Mahkamah mendapati bahawa janji AS pada Ogos lalu yang ia akan memastikan sekatan tidak memberi kesan pada keadaan kemanusiaan tidak memadai, dan tidak sepenuhnya menangani isu keselamatan yang dikemukakan oleh Iran.”


“Mahkamah memutuskan bahawa Amerika Syarikat mesti, berdasarkan obligasinya di bawah perjanjian 1955, mesti memastikan tidak ada halangan disebabkan keputusannya yang diumumkan pada 8 Mei, 2018,” kata Hakim Abdulqawi Yusuf, membaca daripada ringkasan keputusan panel 15 orang hakim.

Menurut keputusan hakim terbabit, sekatan tidak boleh menghalang eksport barangan ke Iran yang diperlukan untuk keperluan kemanusiaan seperti ubatan, peralatan perubatan dan makanan dan komoditi pertanian serta barangan dan perkhidmatan bagi keselamatan penerbangan,” katanya.

Washington pada bulan lalu berhujah bahawa permintaan Iran itu menyalahgunakan ICJ kerana perjanjian 1955 itu menetapkan pertikaian tidak boleh dibawa ke mahkamah. – Reuters

Kategori