• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Pejabat UMNO Nafi Digeledah SPRM

oleh
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANGKAL… UMNO menafikan penyebaran maklumat kononnya ibu pejabat parti berkenaan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur telah diselongkar serentak pagi ini oleh pihak berkuasa.

Ini termasuk kononnya sepasukan pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan secara mengejut hari ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd. Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular menerusi media sosial sebenarnya adalah kerja-kerja penyusunan dan kemas kini fail-fail pentadbiran di ibu pejabat parti.

“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat UMNO konon digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular itu sebetulnya adalah kakitangan UMNO sendiri yang sedang melakukan proses kemas kini dan tugasan harian.

“UMNO dalam proses penyusunan semula segala dokumen,” kata Mohd. Sumali dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, UMNO sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.

Parti terbesar Melayu Islam di dunia tersebut mula menjadikan bangunan 42 tingkat di Jalan Tun Dr. Ismail itu sebagai ibu pejabat sejak 1985 selain berfungsi sebagai pusat pameran dan persidangan. – Mynewshub.TV

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd