• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Berat Penangkapan Ikan Guna Kaedah Haram

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong menasihatkan nelayan supaya mematuhi kaedah penangkapan ikan yang sah di sisi undang-undang kerana jika ingkar mereka bakal berhadapan hukuman yang berat termasuk lesen menangkap ikan mereka digantung atau ditamatkan.

Wong mengeluarkan amaran itu terhadap bot pukat tunda haram dan nelayan yang tidak bertanggungjawab menggunakan bom untuk menangkap ikan.

Pada masa yang sama, beliau menggesa pihak penguat kuasa untuk melaksanakan pemeriksaan secara rawak terhadap pukat yang digunakan bot nelayan untuk tangkapan ikan seharian, terutamanya aktiviti menangkap ikan laut dalam.

Beliau berkata lesen operasi bot nelayan yang didapati menggunakan alat dan pukat menangkap ikan yang tidak dibenarkan akan digantung.

“Kementerian sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen menangkap ikan nelayan tradisional dengan syarat menggunakan kaedah menangkap ikan tradisional untuk melindungi sumber perikanan negeri daripada pupus kerana aktiviti menangkap ikan yang tidak bertanggungjawab.

Mulai sekarang nelayan yang tidak bertanggungjawab terutama yang mengebom ikan, sekali ditangkap mereka akan dikenakan hukuman berat,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wong berkata kementerian itu serius dalam menangani isu ini, kerana kaedah mengebom ikan merosakkan ekosistem habitat hidupan marin.

“Menggunakan jaring atau pukat yang tidak mengikut ukuran dan peraturan yang ditetapkan, mempercepatkan kepupusan sumber marin kita,” katanya. –BERNAMA

Tags: gantung lesenNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd