• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasanah Mengaku Tak Bersalah Pecah Amanah USD12 Juta

oleh
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah USD 12.1 juta milik kerajaan Malaysia, pada April lepas.

Hasanah yang tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 8.30 pagi, merupakan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, manakala pembelaan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, Hasanah, 61, dalam kapasitinya sebagai penjawat awam telah melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, Kamal Baharin menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta, bagaimanapun Shaharudin memohon jumlah itu dikurangkan dan mencadangkan anak guamnya hanya dibenarkan jaminan RM300,000 mengambil kira beberapa faktor termasuk Hasanah merupakan seorang bekas ketua pengarah perisikan yang banyak berjasa dan turut menyumbang kepada keamanan negara.

Shaharudin turut menegaskan tuduhan terhadap Hasanah tiada kaitan dengan kes yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang telah didakwa di mahkamah sama sebelum itu serta tiada kena mengena dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tertuduh adalah seorang wanita berumur 61 tahun dan beliau adalah seorang yang lemah secara fizikal, tidak dapat bergerak seperti orang sihat lain. Apabila tertuduh dilepas dari reman pada 3 Sept lepas, beliau boleh jika hendak lari atau sembunyi atau mengelak dari negara ini tetapi beliau tetap berada di Selangor.

“Tertuduh juga adalah bekas ketua pengarah JPM yang telah diketahui umum adalah agen perisikan negara yang utama, selaras dan sama tugasnya dengan cawangan khas dan perisikan tentera. Beliau telah dilatih dan dididik untuk menjaga keselamatan negara, takkanlah beliau pengecut untuk lari dari negara ini dan tidak menghadapi tuduhan terhadapnya. Seorang ketua pengarah perisikan negara akan berani hadapi pertuduhan ini, berani di mahkamah dan tidak akan lari,” katanya.

Shaharudin menambah semua akaun bank Hasanah kini telah dibekukan termasuk wang gajinya sebelum ini serta wang pencen yang berada di dalam akaun tersebut.

Kamal Baharin bagaimanapun membantah jumlah RM300,000 yang dicadangkan peguam itu dan menyifatkan ia tidak munasabah jika dibandingkan dengan jumlah yang terlibat dalam tuduhan iaitu lebih RM50 juta walaupun hanya melibatkan satu pertuduhan.

Hakim Azman kemudian membenarkan Hasanah diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes.

Pada 28 Ogos lepas, Hasanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14, beliau telah direman selama enam hari bermula 29 Ogos dan dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM.

Hasanah ditahan selepas dipercayai terlibat bersama tujuh lagi pegawai kanan yang direman pada hari sama kerana menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi. – BERNAMA

Tags: pecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd