• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Harap Menteri Agama Bukan Gay”

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“HARAP-HARAP menteri agama kita ni pun bukan dari golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” kata anggota Exco Pemuda UMNO, Mohd. Fariz Abd. Hadi.

Beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan-kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof berkenaan LGBT yang didakwa semakin lama semakin menimbulkan keresahan dan kegusaran umat Islam Malaysia.

Menurutnya, menteri agama itu seakan-akan mahu membuka ruang supaya golongan LGBT semakin bertapak di Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam contoh dibawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Penerimaan golongan LGBT oleh menteri agama bakal merosakkan pemikiran umat Islam terutama anak muda yang semakin goyah imannya terutama dalam dunia yang penuh mencabar meniti akhir zaman. Apa terjadi pada anak cucu kita di masa depan?

“Saya khuatir kenyataan menteri agama kita ini kerana seperti mempunyai agenda dan mesej tersembunyi dimana kononnya mahu memberitahu bahawa golongan LGBT juga ada yang alim, beriman dan bertaqwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid baru-baru ini dilaporkan menegaskan tidak semua daripada lebih 300,000 gay yang direkodkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlibat dalam hubungan songsang.

Beliau juga pernah dikritik umat Islam Malaysia kerana dilihat seolah-olah mempertahankan hak asasi golongan LGBT atas nama kemanusiaan, namun kemudian mendakwa kenyataannya telah disalah tafsir.

Mohd. Fariz seterusnya berkata, golongan Islam Liberal sememangnya akan membawa kepincangan aqidah dalam kefahaman dan pegangan seperti apa yang berlaku di luar negara dimana pendakwah dan imam juga terdiri daripada golongan LGBT.

“Secara asasnya golongan LGBT ini telah menyimpang dari pegangan dan kefahaman Islam, malah dilaknat oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Moga Allah melindungi umat Islam di Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof RawaExco Pemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd