• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya RM2 Juta Dikutip, Diskaun Kompaun DBKL Tidak Capai Sasaran

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 Sept lepas.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kutipan itu amat mendukacitakan memandangkan kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan berjumlah RM100 juta.

“Kami menyasarkan jumlah kutipan boleh mencecah sehingga RM100 juta namun amat mendukacitakan ia hanya berjaya mendapat RM2 juta sahaja meskipun sudah diberi diskaun sejak 1 Sept,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Flag Off’ ‘Kuala Lumpur Car Free Morning’ di sini, hari ini.

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion.

Berdasarkan itu, DBKL mengambil inisiatif menawarkan kadar istimewa bagi bayaran saman tertunggak, bertujuan menggalakkan pesalah trafik menjelaskan kompaun mereka dengan kadar segera selain mengelakkan tindakan senarai hitam.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya menerusi Jawatankuasa Khas telah membayar balik sejumlah RM120 juta kepada 10 daripada 97 kes transaksi tanah milik DBKL yang dibatalkan sejak 13 Sept lepas.

Katanya 10 transaksi lot tanah itu membabitkan tanah seluas 14 ekar yang perlu dihentikan atas nasihat jawatankuasa khas yang turut dianggotai DBKL dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selebihnya pihak SPRM sedang menyiasat dan ada 23 transaksi yang mahu dirunding balik itu akan mendapat balik duitnya yang mana jumlahnya akan diumumkan esok,” katanya.

Terdahulu, Khalid melakukan upacara ‘flag off’ pada larian sempena ‘KL Car Free Morning’ yang disertai oleh kira-kira 3,500 peserta termasuk 600 peserta terdiri daripada golongan pekak.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengerusi OCBC KL Car Free Morning, Datuk Naim Mohamad. – BERNAMA

Tags: DBKLkompaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd