• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Separuh Penduduk Dunia Miskin

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Di sebalik kejayaan mengurangkan kemiskinan tegar, Bank Dunia menyatakan bahawa hampir separuh penduduk dunia masih lagi menyara hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$5.50 (RM22.85) sehari.

Dalam laporan dwitahunannya, Bank Dunia meneliti isu kemiskinan secara lebih menyeluruh untuk mencari kelemahan negara-negara dalam menangani isu tersebut.

Perincian itu dilakukan di sebalik angka penduduk miskin tegar yang meraih pendapatan harian kurang daripada AS$1.90, terus berkura­ngan sejak beberapa tahun lalu.

Menggunakan definisi kemiskinan yang lebih meluas, Bank Dunia mendapati dalam laporannya bahawa bilangan penduduk miskin di seluruh dunia ‘masih lagi tinggi’ dan tidak boleh diterima, malahan, imbuhan pertumbuhan ekonomi yang dikecapi juga tidak diagihkan secara sama rata di serata ceruk rantau dan negara.

Walaupun pertumbuhan ekonomi dunia agak lembab sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan penduduk miskin di antara tahun 2013 hingga 2015 telah berkurangan lebih 68 juta orang, bersamaan populasi Thailand ataupun United Kingdom.

Di sebalik pengurangan yang dicatatkan itu, laporan sama menyebut bahawa trend semasa membayangkan bahawa matlamat Bank Dunia untuk mengurangkan angka kemiskinan tegar kepada kurang tiga peratus penduduk dunia menjelang tahun 2030 mungkin tidak akan tercapai.

Berpandukan pendapatan hari­an AS$5.50 sebagai garis kemiskinan, kata Bank Dunia, kemiskinan global jatuh kepada 46 peratus berbanding 67 peratus dalam tempoh masa antara tahun 1990 hingga 2015.

Menurut bank berkenaan lagi, 60 peratus populasi global tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dua dekad lalu tetapi menjelang 2015, angka itu susut kepada sembilan peratus.

Setakat Mei 2018, dunia mempunyai populasi kira-kira 7.6 bilion orang. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: kemiskinanpenduduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd