Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Geely Kini Peneraju Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Rakan strategik Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group, yang kini...

Air New Zealand Perkenal...

WELLINGTON - Syarikat penerbangan Air New Zealand memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan bagi...

Gambar Pejabat Datuk Siti...

Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan...

Peraga Keindahan Silat Untuk...

PUTRAJAYA - Keindahan silat perlu diperagakan dalam bentuk yang menarik dan moden tanpa...

Geng Kuda Kepang Curi Motor Tumpas

BALIK PULAU – Polis berjaya menyelesaikan sembilan kes curi motosikal tahun ini termasuk tujuh kes di daerah Barat Daya dan dua kes di Timur Laut dengan tertumpasnya Geng Kuda Kepang dalam Operasi Lejang di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 12.30 malam itu, seorang lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ‘mastermind’ ditahan di kawasan tepi Jalan Permatang Damar Laut, Batu Maung.

Katanya, lelaki itu ditahan dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC yang sekali gus membawa kepada penahanan lapan lagi anggota sindiket tersebut.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 13 hingga 22 tahun termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis syabu termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun manakala empat lagi mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Selain pelajar sekolah yang berusia 13 dan 15 tahun itu, kesemua suspek lain dipercayai penganggur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori