• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Curi Motosikal Cuba Rasuah 7 Polis

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kegiatan curi motosikal, ragut dan samun, ditahan di Bandar Seri Permaisuri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 32 tahun itu juga cuba merasuah tujuh anggota polis Balai Salak Selatan yang cuba menahannya.

“Cubaan suspek untuk merasuah anggota terbabit gagal dan dia ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM15,000; tiga buah motosikal, lima gram pil kuda dan pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri motosikal,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Salak Selatan di sini hari ini.

Menurut Mokhsein, kes disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahbya, kesalahan cubaan rasuah pula dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pihak polis polis juga percaya tangkapan ini juga berjaya menyelesaikan lima kes curi motosikal di sekitar Cheras dan Lembah Klang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: curi motorrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd