• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Simfoni Gamelan Gilap Bakat Pelajar UTP

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Festival Simfoni Gamelan anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) menyasarkan penghasilan graduan yang cemerlang dalam bidang seni dan budaya disamping kecemerlangan akademik.

Acara itu diadakan pada hari Sabtu di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang dengan kerjasama KISAS dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Acara ini bertujuan menggalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk menghargai muzik gamelan.

“Pihak universiti menyokong penyertaan pelajar dalam seni dan budaya, kerana ia dapat membangun dan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Ia menanam kerja berpasukan, kemahiran berkomunikasi dan kecekapan sosial di kalangan pelajar,” kata UTP dalam satu kenyataan hari ini.

Selain pasukan Sanggar Kirana dari UTP, festival tersebut turut diserikan pertunjukan gamelan oleh pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, SMK Sultan Abdul Halim Kedah, pasukan Soutul Mujahideen dari KISAS, Gema Gamelan Waqafan (GEMAWAN) KISAS dan pasukan yang mewakili Alumni Kolej Sultan Alam Shah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan (Selangor), Datuk Abdul Rashid Asari. – BERNAMA

Tags: GamelanUTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UTP Rangkul 15 Pingat, Satu Anugerah Khas Pada MTE 2022

13/04/2022
0

IPOH - Pencipta daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraih lapan pingat emas dan tujuh perak dengan satu daripada ciptaan itu...

COVID-19: UiTM, UTP Laksana Pengajaran Dalam Talian

16/03/2020
0

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini mengeluarkan pekeliling khas supaya pengajaran dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd