• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EXIM Bank Serah Sumbangan Kepada Anak Yatim

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia (PKIPM) di Kampung Sungai Kantan, Kajang, pada Sabtu.

EXIM Bank dalam satu kenyataan berkata selain sumbangan itu, bank juga menyerahkan pelbagai barangan elektrik termasuk mesin basuh dan peralatan dapur bernilai kira-kira RM5,000.

“EXIM Bank turut membiayai kos upah kontraktor sebanyak RM15,000 bagi pembaikan rumah seperti mengecat dan menyediakan tikar getah yang baharu untuk keselesaan penghuni PKIPM ,” katanya.

Sumbangan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada program komuniti tanggungjawab sosial korporat EXIM Bank, disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norzilah Mohammed kepada Pembantu Penguasa Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Wajid Abdul Manan.

EXIM Bank juga menyumbang buku bacaan untuk perpustakaan PKIPM.

Menurut kenyataan itu, seramai 34 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan EXIM Bank bersama-sama anak-anak yatim melakukan aktiviti gotong-royong seperti mengecat, memasang almari dan memasang tikar getah baharu.

Turut hadir pada aktiviti gotong royong tersebut ialah Timbalan Presiden Operasi EXIM Bank, Marazizi Omar.

PKIPM yang ditubuhkan pada 25 Dis 2012 oleh Siti Salmiah Ismail, kini dihuni oleh 62 kanak-kanak daripada keluarga miskin dan asnaf.

PKIPM memperoleh sumber pendapatan melalui sumbangan daripada syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi amal dan derma peribadi untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka. – BERNAMA

Tags: EXIM Banksumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd