Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Muhammad Kekal Nama Bayi...

LONDON - Nama Muhammad kekal menjadi nama bayi paling popular bagi 2020.Ia berdasarkan...

FINA Gantung Wendy Lapan...

KUALA LUMPUR – Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan...

Tokoh PPBM Melaka ‘Merajuk’...

MUNGKIN ada anggap ini kisah lawak tetapi berita seorang bekas calon PPBM Melaka...

MOF Jelaskan Isu Pengecualian...

KOTA KINABALU - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai...

2 Pemain STL Bebas Penggantungan – PSM

KUALA LUMPUR – Dua pemain yang sedang beraksi dalam Liga Sepak Takraw 2018 (STL) kini bebas daripada penggantungan empat bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf), berkuat kuasa dua minggu lalu.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail berkata penggantungan itu tamat selepas PSM membayar denda bagi kedua-dua pemain terbabit berjumlah US$2,000 (RM18,304.16) kepada Istaf pada Jumaat lepas.

Muhammad Afifuddin Mohd Razali yang kini mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mohd Safaruddin Abu Bakar (Terengganu Turtles) antara lima individu yang digantung selama empat bulan bermula 1 Oktober hingga 31 Januari, 2019 oleh Istaf.

“Kita telah selesaikan hutang bagi dua pemain tersebut sekali gus bebas daripada penggantungan dan pihak Istaf pun sudah ambil maklum serta saya juga mempunyai resit yang dibayar terus ke akaun Istaf sebagai bukti.

“Ini kerana dua pemain kita terlibat dengan STL dan kita tidak mahu mencacatkan program di bawah Astro serta pasukan yang terlibat pun ada meminta kepada saya untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya kepada Bernama.

Tiga lagi individu lain yang turut digantung ialah ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad, penolong jurulatih Mohd Rashidi Nordin dan Izurin Rifin.

Kelima-lima mereka didiambil tindakan susulan insiden pada final regu berpasukan Kejohanan Piala Raja Thailand 2016 di Fashion Island, Bangkok, apabila didakwa enggan meneruskan perlawanan regu pertama selepas membantah tindakan pengadil dari Vietnam yang dilabel berat sebelah sehingga menyebabkan kekalahan regu Mohd Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Syazreenqamar Salehan.

Regu kedua terdiri daripada Izurin, Muhammad Afifuddin dan Safaruddin mengambil keputusan memulaukan perlawanan menentang trio kedua Thailand, Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee.


Isu berkenaan menjadi rumit apabila Istaf mendakwa PSM gagal melunaskan denda berjumlah US$7,000 (RM28,960) yang dikenakan terhadap dua jurulatih dan tiga pemain terbabit namun PSM dalam penjelasannya berkata masalah kelewatan pembayaran denda timbul disebabkan ia menggunakan ‘bankers cheque’, sekali gus melambatkan proses pembayaran denda kepada Istaf.

“Masalah itu timbul kerana kelemahan pentadbiran Istaf itu sendiri. Pembayaran telah dilakukan pada 16 Feb 2017 tetapi selepas hampir lapan bulan sesudah pembayaran barulah Istaf cuba tunaikan cek berkenaan, tetapi tempoh cek sudah tamat dan cek kena ‘return’,” katanya.

Sementara itu, berkenaan nasib Abdul Talib, Mohd Rashidi dan Izurin, beliau berkata memandangkan mereka tidak terlibat dengan STL, tiada pembayaran denda dilakukan dan mereka perlu menjalani penggantungan sehingga 31 Jan tahun depan.

“Saya fikir daripada membazir untuk membayar denda lebih baik teruskan dengan penggantungan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PSM

Kategori