• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Geng Curi Motosikal Ditahan

oleh Ahmad Albab
14/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Teh, Machang Bubok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis menyerbu rumah itu pada 11 pagi dan dua lelaki berusia 31 tahun yang menyedari kehadiran pihak berkuasa bertindak cuba melarikan diri, namun mereka berjaya ditahan di belakang rumah berkenaan.

“Pemeriksaan di rumah itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Honda Waze dan semakan mendapati ia dilaporkan hilang di Taman Rishah, di sini baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, dua lelaki itu terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah SPT serta daerah Seberang Perai Utara (SPU) sejak beberapa bulan lepas dan menjadikan rumah tersebut sebagai tempat menyimpan motosikal yang telah dicuri.

Katanya modus operandi mereka adalah mencuri motosikal yang diparkir di kawasan pusat membeli-belah sebelum menjual semula dengan harga murah atau meleraikan komponen dan menjualnya.

Dua lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu turut positif dadah dan mereka kini direman empat hari bagi membantu siasatan, katanya.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan 25 penagih dadah berusia 20 hingga 39 tahun termasuk seorang wanita Indonesia dalam beberapa serbuan di sekitar daerah SPT sejak Khamis hingga semalam.

“Wanita Indonesia berumur 29 tahun itu ditahan bersama lima lelaki tempatan dalam sebuah rumah di Taman Pelangi, Bukit Tengah di sini pada 5.30 petang Jumaat. Mereka sedang berpesta dadah.

“Polis turut merampas beberapa jenis dadah dan peralatan untuk menghisap dadah bersama mereka dan siasatan mendapati mereka menjadikan rumah itu sebagai lokasi menghisap dadah sejak beberapa bulan lepas,” katanya.

Beliau berkata susulan penahanan 25 penagih itu, polis merampas heroin, syabu serta ganja bernilai lebih RM5,000 bersama mereka dan ujian air kencing mendapati semua mereka positif dadah. – BERNAMA

Tags: Geng Curi Motosikalpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

2 Inspektor, 5 Anggota Polis Disyaki Terbabit Penyalahgunaan Dadah

2 Inspektor, 5 Anggota Polis Disyaki Terbabit Penyalahgunaan Dadah

04/01/2026
0

Kuantan: Dua pegawai dan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, ditahan kerana disyaki terbabit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd