• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Gelak ‘Politik Mual’ Anwar, Mahathir Di PD

oleh
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDIWARA… Mereka mampu gelak besar tetapi dengar cerita, ramai pemerhati politik juga gelak lihat drama ‘politik mual’ di atas pentas kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson!

Bayangkan sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad angkuh berkata tidak akan datang bantu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK keempat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) itu.

Namun jawapan sinis Perdana Menteri tertua di dunia itu ‘mengesahkan’ spekulasi liar cakap politik kedai kopi yang mendakwa Mahathir memang mahu Anwar kalah pada PRK ini, sekali gus gagal menjadi perdana menteri kelapan.

Bimbang tanggapan negatif tersebut, Pengerusi PPBM itu; salah satu parti komponen PH terpaksa dibubar di Negeri Sembilan menjelang PRK berkenaan; pada minggu lalu terpaksa buat pusingan U dengan bersetuju ‘turun padang’.

Semalam, buat julung kali Mahathir tampil bersama Anwar selaku calon PH berimej ketawa ceria, tetapi ramai kait babak itu dengan dialog dalam filem Madu 3 arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee: “Baik… baik ada makna tu!”

Juga tidak lupa lirik sindiran menerusi lagu malar segar dalam filem komedi itu yang dinyanyikan seniman agung tersebut sendiri: “Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai, hai pecah tembelang!”

Ini apabila kenang sejarah panjang bermula pada 1998 sejurus Mahathir-Anwar bermusuhan dan sejak itu, kemelut politik negara terus diselubungi oleh dua personaliti ini sehinggalah mereka kembali bersatu menjelang PRU lalu.

Mahathir sebenarnya terpaksa ‘turun’ pada kempen PRK itu untuk tonjol konon ‘cakap politik’ beliau dan Anwar bergaduh tidak benar. Hakikatnya ramai penyokong PH sendiri pun ragu: Betulkah mereka sudah berdamai semula?

“Saya sebut ini dengan ikhlas dan saya mengenali beliau, saya anggapnya sebagai bapa dan ketua, saya lawan dia tetapi kini saya terima dia sebagai lelaki terbaik untuk memimpin negara ketika ini,” kata Anwar di pentas ceramah.

Malangnya, kata-kata beliau di PD Waterfront itu yang menyifatkan hubungan dirinya seumpama bapa dan anak disambut dengan reaksi terpinga-pinga oleh Mahathir sendiri seolah-olah ada bunyi cengkerik: krik krik krik krik…

Bukan rahsia lagi ada kalangan PH sendiri yang masih tidak percaya betulkah Mahathir akan serah kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun seperti dijanjikan dan kuburkan permusuhan atas alasan demi selamatkan negara.

Lebih pelik mereka saling angkat mengangkat satu sama lain termasuk Anwar isytihar Mahathir adalah pemimpin terbaik masa kini untuk memimpin Malaysia waima beliau cukup sayang kepadanya sebagai bapa dan pemimpin.

Begitulah sandiwara hebat dua tokoh itu di sebalik Mahathir ketika berucap kemudian langsung tidak sebut Anwar sebagai bakal pengganti beliau apatah lagi dicalonkan untuk menjadi penyandang perdana menteri yang berikutnya.

Kisah mereka berdua saling kutuk sesama sendiri sebelum ini dengan dedah pelbagai cerita buruk peribadi masing-masing terutama Anwar bongkar kekayaan anak-anak Mahathir, seolah-olah sudah dipadam daripada rekod sejarah.

Sesuai benarlah puisi terkenal nukilan Mahathir sendiri iaitu ‘Melayu mudah lupa’ dan diucapkan ketika perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2001 di ibu negara yang merujuk senario keadaan politik beliau penuh dengan drama.

Sejujurnya, inilah contoh karya wayang kulit kisah dongeng penglipur lara yang membuatkan ada orang rasa hendak ketawa dan pada masa sama menyelongkar perangai munafik politik PH setelah berkuasa! – Mynewshub.TV

Tags: Anwar IbrahimPort DicksonPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd