Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Balik Sekolah Agama Bermesra...

Belum habis lagi isu sentuh anjing.Bukan bermakna mahu panjangkan kontroversi bertitik tolak daripada...

Raja Muda Mahu Pelajar...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap pelajar...

Le Tour de Femina...

PUTRAJAYA - Malaysia buat julung kalinya akan menganjurkan perlumbaan jelajah berbasikal wanita antarabangsa...

BN Mahu RUU Sumbangan...

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mahu Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dapat dibentangkan...

Wan Azizah Memulakan Lawatan Di Vietnam

HANOI – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari di Vietnam.

Pesawat membawa timbalan perdana menteri Malaysia itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai pada kira-kira 2.10 petang waktu tempatan dan ketibaan beliau disambut Duta Malaysia di Vietnam Datuk Mohd Zamruni Khalid. Malaysia sejam lebih awal daripada Vietnam.

Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke Vietnam selepas dilantik timbalan perdana menteri pada 21 Mei susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc serta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negara Pham Binh Minh.

Aturcara beliau termasuk menghadiri Mesyuarat Ke-3 Menteri-Menteri ASEAN mengenai Wanita (AMMW) pada Khamis.

Bercakap kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan timbalan perdana menteri itu, Mohd Zamruni berkata mesyuarat bertemakan ‘Keselamatan Sosial bagi Wanita dan Gadis Menuju Visi ASEAN 2025’ itu berobjektif untuk memupuk kerjasama dalam memastikan kesaksamaan gender dan meningkatkan pemerkasaan kaum hawa di rantau itu.


Dr Wan Azizah juga akan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di Hanoi dan menghadiri sesi dengan pasukan bola sepak wanita Bawah-19 Malaysia yang kini berada di bandaraya ini bagi kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2019.

Pada lawatan itu, beliau diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya serta pegawai daripada Kementerian Luar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Vietnam ialah antara rakan perdagangan penting Malaysia, dengan jumlah dagangan pada 2017 sebanyak US$11.7 bilion, meningkat sebanyak 13.9 peratus daripada 2016, menjadikan Malaysia rakan perdagangan ke-13 terbesarnya di dunia dan keempat dalam ASEAN selepas Singapura, Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

Kategori