• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Kerajaan Boleh Cuti Tanpa Rekod Bantu Mangsa Gempa

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Doktor kerajaan dibenar untuk ambil cuti tanpa rekod jika mereka ingin ke Sulawesi Tengah bagi bantu mangsa gempa bumi dan tsunami di situ, kata Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Kita memberikan izin kepada semua doktor kita sama ada yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pendidikan (doktor di hospital universiti) untuk mengambil cuti tanpa rekod bagi berkhidmat dan berbakti di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kementerian Kesihatan dan Collaborative Research in Engineering, Science and Tenchnology (CREST), di sini hari ini.

Dr Dzulkefly bagaimanapun tidak menyatakan jumlah doktor kerajaan yang telah berlepas ke sana setakat ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia semalam, jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah meningkat kepada 1,407 orang.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter menggegarkan Kota Palu dan Donggala yang turut mengakibatkan tsunami pada Jumaat lepas, yang turut disusuli lebih 250 gempa susulan setakat ini.

Sementara itu, mengulas kes keracunan alkhohol, Dr Dzulkefly berkata setakat hari ini, kementerian menerima 98 notifikasi dengan pertambahan satu kes kematian di Selangor.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes mangsa yang meninggal dunia adalah 46 kes.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata MoU yang dimeterai antara kementerian dan CREST hari ini akan menyaksikan kerjasama kedua-dua pihak dalam penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam bidang penjagaan kesihatan digital yang memberi tumpuan kepada inovasi digital dalam penyampaian dan penyelesaian penjagaan kesihatan, aktiviti pembangunan kelompok bersama, penglibatan rangkaian industri, pembangunan bakat dan hub inovasi kesihatan digital.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mewakili kementerian sementara CREST diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya Jaffri Ibrahim. – BERNAMA

Tags: cuti tanpa rekoddoktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd