• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Di Sebalik Runtuhan Kota, Palu Mula Bangkit

oleh
19/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA PALU (Sulawesi Tengah) – Di sebalik sisa runtuhan kota Palu, penduduk di sini mula mengatur langkah, mencipta azam serta semangat baharu untuk bangkit daripada duka bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda 28 Sept lalu.

Bencana yang merosakkan binaan ikon kota seperti Jambatan Palu IV dan Masjid Apung Arqam Baburahman itu dilihat tidak meruntuhkan semangat warganya untuk bangkit membina Palu baharu.

“Perlahan tapi pasti bangkit pak,” ujar Hassan, 48, dalam nada tenang tapi penuh makna.

Katanya Palu memerlukan masa yang lama untuk kembali bangkit kerana kemusnahan yang ditinggalkan selepas tragedi gempa bumi dan tsunami terbabit sangat dahsyat.

“Semangat warga Palu tetap ada dan kami bertekad untuk sama-sama membina semula kota ini, namun kami tidak mampu melakukannya sendiri. Kami juga masih butuh (perlu) bantuan semua pihak terutamanya golongan pemerintah,” katanya yang kehilangan kakak dan adik lelaki dalam kejadian itu.

Bagi Mohd Habib, 27, biarpun mangsa masih dalam keadaan tergamam, terkejut dan trauma, dia yakin penduduk Palu akan dapat sama-sama membangunkan semula kota itu.

“Episod diuji amukan alam sudah berlalu, kita tidak boleh terus meratap dan bersedih, kita masih punya kehidupan, masih punya harapan, masih punya cahaya untuk menerangi perjalanan ini,” katanya.

Siti Fhatimah, 53, berkata tragedi yang berlaku memberi pengajaran kepada mereka supaya bangkit bukan sahaja menjadi lebih kuat, malah mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT.

Pelbagai simbolik dizahirkan warga kota ini yang sentiasa positif selain tidak putus memberi sokongan kepada satu sama lain.

Antaranya ialan menerusi pemasangan poster di papan-papan tanda dengan tertera tulisan ‘Palu Bangkit’ dan ‘Palu Kuat’ di sekitar kawasan di sini yang wartawan pasti tujuannya mahu menaikkan moral masyarakat agar terus bersemangat menyambung kehidupan.

Malah, ketika wartawan singgah di restoran Warkop Aweng SIS Al-Jufrie di sini yang menyediakan perkhidmatan Wi-fi percuma kepada pelanggan, pengusahanya seperti sengaja menukar kata laluan Wi-fi kepada “Palu Bangkit”, dengan alasan setiap kali ada pihak bertanyakan kata laluan, jawapannya, “Palu Bangkit pak”.

Dalam media-media sosial pula, penggunaan tanda pagar #PaluBangkit dan #PaluKuat terus menjadi kata kunci kepada pengguna media sosial untuk menzahirkan sokongan mereka terhadap mangsa yang terjejas.

Landskap kota ini juga hari demi hari kelihatan semakin baik, sisa runtuhan dan sampah-sarap akibat gempa dan tsunami sudah dibersihkan di beberapa kawasan utama. Beberapa gerai perniagaan juga mula dibuka biarpun dalam keadaan infrastruktur kurang sempurna dan ada peniaga yang wartawan temui sedikit kecewa dengan hasil jualan yang merudum.

Dalam aspek bantuan kepada mangsa yang terjejas, kelihatan semakin ramai aktivis dan sukarelawan menawarkan diri untuk berkhidmat membantu kebangkitan semula warga kota ini, malah pengagihan keperluan asas juga dilihat semakin baik, lancar dan menyeluruh ke semua kawasan.

Masalah bekalan air bersih serta sumber elektrik yang terhad di beberapa tempat mungkin antara aspek yang perlu segera dicari penyelesaiannya.

Bagi mereka yang ingin membantu Palu untuk bangkit, boleh layari laman web www.rayuansulawesi.com untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd