Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kalau Berlaku Huru-Hara Salahkan...

KUALA LUMPUR - Mereka yang mahu bikin negara huru-hara, polis pula mahu dipertanggungjawabkan!Begitu...

Akibat Cemburu, Mak Cik...

KINABATANGAN - Seorang wanita telah dikelar oleh ibu saudaranya sendiri dalam sebuah kejadian yang berlaku di...

Najib Terkejut Naiki Pesawat...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa terkejut...

Kafe Burung Hantu Mula...

Fanomena Kafe Kucing yang popular di Jepun turut menarik perhatian di Malaysia kebelakangan...

Dewan Rakyat: Pantun Noh Cetus Kekecohan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pagi ini kecoh susulan pantun dilontar Tan Sri Noh Omar (BN-UMNO-Tanjong Karang) ketika mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan.

Ia berikutan pantun diutarakan Noh berbaur provokasi berbunyi ‘Bangun pagi terus bersenam, kaki sakit ubat disapu, soalan saya nombor enam, menteri jawab janganlah tipu’.

Susulan itu, Guan Eng meminta Noh supaya menarik balik pantun itu dan pada masa sama Abdullah Sani (PH-PKR-Kapar) turut ‘menjerit’ menyifatkan pantun itu sebagai sangkaan jahat kepada menteri.

Hal ini menarik perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mengarahkan Noh menarik balik pantun itu kerana mempunyai andaian menteri akan menipu ketika memberi jawapan.

“Ini menimbulkan isu sangkaan jahat terhadap seorang Yang Berhormat. Tarik balik. Melalui pantun atau sebagainya, intipatinya adalah sangkaan jahat. Tarik balik Tanjong Karang,” tegas Mohamad Ariff.

Walaupun begitu, Noh tetap mempertahankan pantun yang dikemukakan dengan alasan ia sebagai peringatan kepada menteri supaya memberi jawapan yang betul dan tidak menipu.


Selepas berulang kali diasak dan diminta menarik balik oleh Mohamad Ariff, Noh akhirnya menarik balik pantun berkenaan tetapi tetap berkeras mahu menteri memberi jawapan yang tidak mengelirukan dewan.

Dalam soalannya, Noh meminta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan terkini perbincangan kerajaan dengan kerajaan China berkenaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan berapa kos keseluruhan dibelanjakan pemaju projek. – BH ONLINE

Kategori