• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sita Premis Ada Tunggakan Cukai Taksiran

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan operasi sita bermula hujung bulan ini hingga akhir tahun 2018 ke atas premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad dalam kenyataan berkata operasi sita bermula dengan kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak, di sini.

Katanya lawatan ke premis yang mempunyai tunggakan telah dilaksanakan pada 5 hingga 23 Oktober lepas bagi serahan surat peringatan.

“Beberapa siri operasi sita akan menyusul selepas ini di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan keutamaan adalah premis-premis yang mempunyai cukai taksiran yang tinggi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tindakan sita dilaksanakan mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi tujuan menuntut bayaran tunggakan cukai taksiran.

Bagi premis kosong dan tiada harta mudah alih, tindakan mahkamah akan diambil sehingga premis yang mempunyai tunggakan itu disita dan dilelong selaras dengan Seksyen 151 akta sama.

Justeru, DBKL menasihatkan pihak berkaitan menjelaskan tunggakan cukai taksiran dengan segera bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan. – BERNAMA

Tags: cukai taksiransita premis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

09/12/2024
0

SHAH ALAM - Selangor akan menaikkan cukai taksiran sehingga 25 peratus berkuat kuasa 1 Januari depan selepas 20 tahun. IKUTI...

Denda Lewat Bayar Cukai Taksiran Penggal Kedua 2021 Dikecualikan

21/11/2021
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memutuskan pengecualian denda lewat bayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor bagi penggal kedua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd