• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Kompaun 243 Peniaga Gagal Guna Produk Biodegradasi

oleh Cj Mnh
04/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 243 kompaun kepada premis yang gagal menggunakan produk biodegradasi kepada pengguna setakat Selasa lepas.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata penguatkuasaan dilakukan sejak September 2017 untuk memberi kesedaran kepada peniaga tentang penggunaan produk biodegradasi sepenuhnya bagi menjaga alam sekitar.

“Kami mengenakan kompaun bukan bertujuan nak saman, tetapi nak didik mereka supaya tidak menggunakan barangan pakai buang daripada plastik dan bertukar kepada biodegradasi yang diiktiraf oleh Sirim.

“Bagi kesalahan kali pertama, DBKL akan mengeluarkan notis amaran terdahulu dan jika mereka didapati masih melakukan perkara yang sama, maka kompaun akan dikenakan ke atas mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan penggunaan biodegradasi di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini.

Katanya peraturan itu telah termaktub dalam lesen perniagaan yang didaftarkan dengan DBKL bahawa peniaga-peniaga hanya dibenarkan menggunakan produk biodegradasi bagi pembungkusan barang.

“Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang caj tambahan bagi mengeluarkan produk biodegradasi jenis Sirim Eco 001/2016 dan Sirim Eco 009/2016 kepada pengguna,” katanya.

Khalid berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan penggunaan produk biodegradasi di semua premis sekitar ibu kota.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL Datin Dr Noor Akma Shabudin berkata kompaun maksimum sehingga RM1,000 dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 September 2017.

“Penguatkuasaan itu adalah tertakhluk kepada Akta Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Pasar 2016, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLkompaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd