Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Padah Mahu Cantik, Muka...

ROMANIA – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak...

Kejohanan Olahraga MSSM Ke-63...

SEREMBAN: Seramai 1,900 orang atlet akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah...

Hael Husaini Nafi Dirinya...

BEKAS anggota duo Azhael, Hael Husaini didakwa sesetengah netizen dia mengamalkan hubungan sejenis...

PH Mungkin Swastakan Beberapa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin akan menswastakan beberapa jabatan kerajaan...

Dasar, Diplomasi Perlu Jadi Pelengkap Tindakan Tentera

KUALA LUMPUR – Dunia tidak boleh menggunakan dasar kuasa keras semata-mata untuk mengalahkan keganasan, tetapi perlu juga mengamalkan kuasa lembut dalam bentuk tadbir urus baik, diplomasi bersifat praktikal dan penyertaan sivil, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata aspek itu perlu menjadi pelengkap kepada tindakan ketenteraan bagi menghapuskan punca utama yang menarik minat seseorang terhadap keganasan, ketidakadilan dan ketidaksamarataan.

“Kita perlu memenangi hati dan minda, bukan hanya memenangi peperangan secara bersenjata. Walaupun pengganas hari ini tidak jauh bezanya dari segi penzahiran keganasan dan bentuk peperangan, tetapi niat dan objektif mereka sudah berubah,” katanya dalam ucapan pleno kedua bertajuk ‘Keganasan Global: Ancaman dan Langkah Balas’ pada Forum Xiangshan kelapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Beijing di China, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia sentiasa melibatkan diri secara aktif di platform pelbagai hala bagi memupuk persefahaman tentang strategi bersama dalam memerangi keganasan.

Mohamad berkata sistem antarabangsa hari ini kembali kepada cara pra-9/11, yang mengamalkan persaingan antara negara dan konflik serantau, bukan memberi fokus kepada cara untuk memerangi keganasan secara bersama.


Katanya, keganasan berbentuk rentas sempadan, yang dibantu media sosial dan internet, memudahkan lagi kumpulan pengganas merekrut anggotanya, mendapatkan sokongan dan simpati serta mengumpul dana dari serata dunia.

Forum itu dihoskan Chinese Association for Military Science dan China Institute of International Strategic Studies.
BERNAMA

Kategori