• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PAS Mahu Jadikan PD Hab Pengeluaran Musang King

oleh Ahmad Albab
07/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Mohd Nazari Mokhtar berhasrat menjadikan daerah itu sebagai hab pengeluaran durian Musang King terkemuka di Asia sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 13 Okt ini.

Pengusaha tanaman durian Musang King di Kulai, Johor itu juga mahu menjadikan raja buah tersebut sebagai ikon baharu pelancongan di Port Dickson.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu, berkata perancangan berkenaan dilihat mampu menjadi tarikan terbaharu pelancong ke pusat peranginan berkenaan sekali gus dapat menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat.

“Di sini (Port Dickson) banyak tanah tetapi tidak diusahakan dan sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pemimpin mereka, saya akan pastikan kawasan ini diusahakan dengan tanaman durian Musang King.

“Kita boleh mewujudkan pakej pelancongan baharu merangkumi percutian ke pantai, melawat dusun-dusun serta makan durian Musang King yang cukup digemari pelancong dari China, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera itu berkata perkara terbabit tidak mustahil dilaksanakan seperti mana Perlis terkenal dengan mangga harumanis.

“Sekiranya menduduki kerusi Parlimen, semestinya saya mempunyai akses kepada pihak-pihak tertentu serta agensi-agensi berkaitan. Ia akan membuka ruang lebih luas untuk saya merealisasikan perancangan ini.

“Saya juga akan menggunakan pengalaman yang ada serta ‘networking’ dalam bidang ini bagi mengenal pasti lokasi terbaik untuk membangunkan tanaman Musang King selain memperkasa sektor pertanian sedia ada di daerah ini,” katanya.

PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Mohd Nazari, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 Sept lalu bagi memberi peluang kepada Anwar bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: PASPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd