• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Had Transit Di KLIA, KLIA2 Selama 72 Jam

oleh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tempoh transit di zon antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dicadangkan dihadkan kepada 72 jam sahaja.

Cadangan itu dikemukakan dalam satu mesyuarat yang disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Bahagian Keselamatan Negara baru-baru ini bagi mengelakkan warga asing menjadikan KLIA dan klia2 sebagai ‘rumah’.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA ACP Zulkifli Adamsah yang menghadiri mesyuarat berkenaan, cadangan itu dibangkitkan susulan penahanan lelaki warga Syria, Hassan Al-Kontar, oleh polis pada 1 Okt lepas kerana tinggal di kawasan larangan klia2 sejak Mac tahun ini.

Menurutnya, cadangan itu mengesyorkan selepas 72 jam, mereka yang masih berada di zon antarabangsa KLIA atau klia2 ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana kawasan tersebut tidak ada sebarang immuniti dan jika semua agensi tidak boleh mengambil sebarang tindakan, PDRM yang akan bertindak.

“International zone KLIA dan klia2 tidak memberi sebarang immuniti untuk penumpang transit dan tidak bermakna pihak berkuasa Malaysia tidak boleh ambil tindakan jika kejadian jenayah berlaku,” katanya kepada media selepas majlis perhimpunan satu tahun penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di sini hari ini.

Mengikut rekod dari 1 Januari hingga 15 Oktober tahun ini, hanya Hassan sahaja yang ditahan kerana kesalahan tinggal di kawasan larangan lapangan terbang, katanya.

Mengenai cadangan itu, Zulkifli berkata ia “belum diuar-uarkan lagi setakat ini”.

Mengulas mengenai Hassan, Zulkifli berkata warga Syria berkenaan sudah diserahkan kepada pihak JIM pada 5 Oktober lepas.

Menurutnya, Hassan sebelum ‘tinggal’ di klia2, cuba memasuki Kemboja namun diberikan status ‘Not To Land’ oleh negara tersebut dan dihantar ke destinasi terakhir sebelum dia terbang ke Kemboja iaitu Kuala Lumpur.

Hassan, 36, mendakwa tinggal di klia2 sejak 7 Mac lalu kerana bimbang akan ditangkap jika pulang ke Syria. Dia juga memberikan alasan enggan pulang ke Syria kerana bimbang dipaksa menjadi tentera.

Ketika ‘tinggal’ di KLIA dari Mac hingga 1 Oktober dia menghantar beberapa blog video mengenai kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media antarabangsa. – BERNAMA

Tags: KLIAKLIA2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd