• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul: Siasatan Hampir Selesai

oleh Cj Mnh
30/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen dari negeri ini yang disyaki mencabul seorang gadis bawah umur baru-baru ini, hampir selesai.

Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, setakat ini, pihaknya sudah merekodkan percakapan seramai 10 orang saksi termasuk Ahli Parlimen tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi menentukan sama ada Ahli Parlimen itu bakal didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Kita merekodkan percakapan ibu dan bapa remaja itu termasuk pemandu Ahli Parlimen tersebut yang berada di lokasi kejadian selain beberapa individu lain bagi membantu siasatan kes itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Noor Mushar mengingatkan segelintir pihak supaya tidak mengambil kesempatan yang bermotif politik dengan niat untuk mengaibkan seseorang dalam kes berkenaan.

Katanya, pihaknya meminta semua pihak agar menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Polis sama sekali tidak akan berkompromi dalam kes ini, apabila menerima laporan

“Kita juga bersedia menjalankan siasatan jika remaja itu membuat laporan terdapatnya ugutan atau sogokan selepas dia (remaja) menarik balik laporan terhadap lelaki itu sebelum ini.

“Pihak yang sering memberi komen itu tidak tahu prosedur siasatan kita, jadi janganlah masuk campur,” katanya.

Sementara itu, menjelaskan kembali mengenai kejadian, Noor Mushar berkata, remaja berkenaan telah membuat laporan polis pada 21 Oktober lalu, kira-kira pukul 2.50 pagi, tetapi menarik semula laporan tersebut, lapan jam kemudian.

Katanya, remaja itu memaklumkan dia dicabul oleh Ahli Parlimen tersebut di dalam sebuah kereta milik lelaki berkenaan di kawasan tempat letak kenderaan di pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra di sini pada 20 Oktober lalu, kira-kira pukul 11.30 malam.

Ujarnya, remaja tersebut pada masa itu sedang menjalani latihan bersama ahli kumpulan muziknya di pekarangan stadium itu sebelum lelaki berkenaan dikatakan memanggilnya masuk ke dalam keretanya.

“Suspek dikatakan telah memegang tangan dan bahu remaja itu sebelum dia keluar daripada kereta sambil menangis,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tags: Ahli Parlimenkes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd