• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bulan Usahawan Siswa 2018 Kutip RM1.2 Juta

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak RM1.2 juta hasil jualan berjaya dikutip sempena Bulan Keusahawanan Siswa 2018 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan di semua universiti awam dan swasta seluruh negara sepanjang bulan ini.

Ketua Unit Keusahawanan dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta KPM Normalia Ibrahim berkata jumlah kutipan itu menunjukkan program tersebut memberikan impak yang besar kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

“Tahun ini merupakan tahun kedua. Macam tahun lepas temanya mengenai pelajar dan tahun ini kita semarakkan lagi daripada minat itu (keusahawanan) dengan pelbagai aktiviti dan program keusahawanan dengan tema “Menyemarakkan Bakat Keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Bulan Keusahawanan Siswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Normalia berkata sepanjang bulan itu juga sebanyak 2,048 perniagaan oleh pelajar telah didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terdiri daripada perniagaan makanan, perkhidmatan, peruncitan dan pembuatan.

“Kita memang nak galakkan pelajar ini mendaftarkan perniagaan, jadi sepanjang bulan ini kita kempen untuk galakkan mereka menubuhkan perniagaan terutama kita lihat pasaran pelajar sangat besar,” katanya.

KPM tahun ini turut memperkenalkan beberapa program baharu seperti Bakat e-Dagang Global (GET) dan Program e-Dagang Belia (YEP), serta “Google Bootcamp” untuk meningkat kompetensi pelajar dalam bidang keusahawan, katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTM XCITE) Prof Dr Mohd Zaidi Abd Rozan berkata program dianjurkan tidak terhad kepada pelajar keusahawan tetapi terbuka kepada semua fakulti.

“Kita di UTM utamanya adalah bidang kejuruteraan dan tiada bidang khusus keusahawanan dan program kita lakukan sebelum ini kita memang kumpulan pelajar mesti datang daripada pelbagai fakulti,”katanya. – BERNAMA

Tags: Bulan Keusahawanan SiswaKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd