• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buktikan Laporan Audit 1MDB Dipinda

oleh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Tokoh veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw, meminta bukti dikemukakan berhubung dakwaan konon laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda.

Tegas mantan Ahli Parlimen Kepong selama sembilan penggal dan juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh.

Ini termasuk dakwaan terbaharu kononnya ada berlaku pindaan atas arahan individu tertentu sehingga gagal dikesan salah laku syarikat pelaburan negara itu yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

“Membuat tuduhan memanglah senang tetapi untuk mengemukakan bukti kukuh itu bukan perkara yang mudah. Sekarang terlalu banyak dakwaan yang berasaskan politik dan sukar untuk rakyat hendak dibezakan.

“Kita tidak tahu mana satu yang benar, mana satu yang tidak. Jadi, kita tidak boleh menuduh seseorang itu bersalah sehingga ada bukti kukuh yang dikemukakan di mahkamah,” kata Seng Giaw ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Jelasnya lagi, jika ada pihak yang kaitkan isu berkenaan dengan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mereka juga perlu mengemukakan bukti kukuh kerana tuduhan sebegitu jelas mencemarkan nama baik beliau.

“Isu yang berkaitan dengan skandal 1MDB sememangnya menjadi tumpuan rakyat dan tuduhan tanpa bukti pastinya akan menyemarakkan lagi api kemarahan mereka (rakyat).

“Ia perlu disiasat dengan teliti dan jika benar wujudnya kesalahan serta mempunyai bukti, jangan teragak-agak untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” kata Seng Giaw.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam mengenai laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dikatakan dipinda atas arahan individu tertentu.

Wakil DAP tersebut mendakwa kononnya pindaan itu membolehkan salah laku gagal dikesan dalam syarikat pelaburan berkenaan dan hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbiran negara pada 9 Mei lalu.

Kah Woh yang yang juga Timbalan Pengerusi PAC berkata, isu 1MDB amat serius, namun PAC ketika itu gagal membuka semula siasatan walaupun Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan sebaliknya.

“Ketika itu bukan saja PAC gagal buka semula siasatan, malah laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA),” katanya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee pula dalam kenyataannya berkata, PAC menangguhkan prosiding siasatan 1MDB membabitkan Ambrin ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Ronald sebelum ini dilapor berkata, Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, adalah Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan itu.

Menurut Ronald, Ambrin yang sepatutnya beri keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu semalam, sudah membentangkan laporannya sebelum ini iaitu pada Mac 2016 kepada PAC, ketika persidangan Parlimen penggal ke-13.

Sementara itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, enggan memberi penjelasan lanjut berhubung isu pindaan laporan asal berkenaan.

“Saya minta maaf banyak-banyak, buat masa ini saya tidak dapat memberi komen lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: 1MDBTan Seng Giaw
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd