• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Dilanggar Van Sekolah Meninggal Di HSA

oleh
25/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang digilis van sekolah yang dinaikinya, meninggal dunia selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata dalam kemalangan kira-kira 12 tengah hari di itu, Janiss Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van yang dinaiki di Taman Tun Aminah dekat sini, untuk ke rumah neneknya semalam.

“Kemalangan berlaku apabila van yang dipandu seorang wanita melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van tersebut untuk ke rumah neneknya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pemandu van yang berusia 48 tahun telah membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kerana kecederaan parah.

“Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia. Semasa kejadian, van turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Mohd Taib.

Pemandu itu kemudiannya ditahan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video berdurasi 13 saat yang menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar van berkenaan menjadi viral di media sosial hari ini. – BERNAMA

Tags: mautpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd