• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brent Jatuh Di Bawah AS$80 Satu Tong

oleh Cj Mnh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOUSTON – Harga minyak turun berikutan kebimbangan pelabur kembali memuncak berhubung impak pertelingkahan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang kelihatannya semakin meruncing, manakala data menunjukkan inventori mencatat lebihan ketara sejak empat minggu lalu.

Penanda aras global minyak mentah, Brent, turun hampir AS$8 setong sejak mencecah paras tertinggi empat tahun AS$86.74 pada 3 Oktober, dilemahkan oleh unjuran pertumbuhan ekonomi global dengan pada mana AS dan China masing-masing saling mengenakan tarif ke atas import bernilai berbilion dolar.

Brent ditutup pada AS$79.29 satu tong, turun 76 cent.

Minyak mentah AS susut AS$1.10, atau 1.6 peratus, pada AS$68.65.

“Pemacu sebenar pembetulan ini ialah kebimbangan berhubung pertumbuhan permintaan dan isu berkaitan perdagangan,” kata Gene McGillian, Naib Presiden Penyelidikan Pasaran untuk Tradition Energy di Stamford, Connecticut.

Pada 9 Oktober lalu Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi 2018 dan 2019, disebabkan sebahagiannya oleh ketegangan dasar perdagangan dan pengenaan tarif import yang memberi kesan kepada perdagangan.

Ia meramalkan pertumbuhan global 3.7 peratus pada 2018 dan 2019, turun berbanding unjuran pertumbuhan 3.9 peratus bagi kedua-dua tahun yang dibuatnya Julai lalu.

Sebelum ini, Brent jatuh di bawah AS$79 setong sehari selepas laporan Jabatan Tenaga AS menunjukkan pengeluaran minyak mencatat lebihan 22 juta tong sejak empat minggu lalu.

Loji penapisan minyak AS memasuki musim penyelenggaraan, yang mana operasi loji utama direhatkan selama empat hingga enam minggu, yang mana ia turut memberi kesan ke atas permintaan dan harga. – Reuters

Tags: Brentminyak mentah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Calon PKR Beli Undi: UMNO Juga Yang Salah?

Next Post

Jefri Chua Dedah Agenda Hak Kebebasan Agama

Related Posts

Sumber Minyak Mentah, Gas Di Semenanjung Menyusut 50 Peratus – Rafizi

Sumber Minyak Mentah, Gas Di Semenanjung Menyusut 50 Peratus – Rafizi

17/11/2024
0

KOTA BHARU: Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus dalam tempoh 10 tahun ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Harga Minyak Dunia Kembali Melonjak

Harga Minyak Dunia Kembali Melonjak

05/06/2023
0

SYDNEY: Harga minyak mentah melonjak selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu atau dikenali sebagai OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan tahap...

Next Post

Jefri Chua Dedah Agenda Hak Kebebasan Agama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd