• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumber Minyak Mentah, Gas Di Semenanjung Menyusut 50 Peratus – Rafizi

oleh Mohd Arshad
17/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sumber Minyak Mentah, Gas Di Semenanjung Menyusut 50 Peratus – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus dalam tempoh 10 tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata sumber berkenaan sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan.

Katanya, sumber minyak dan gas kini hanya terdapat di Sabah dan Sarawak susulan penemuan terbaharu dan bukannya di Semenanjung.

“Di Semenanjung, kita memang semakin kehabisan minyak dan gas.

“Sebelum ini dalam tempoh lima hingga 10 tahun, jumlah pengeluaran minyak ialah 700,000 tong sehari, namun sekarang berkurangan kepada 350,000 tong sehari.

“Kekurangan sumber minyak dan gas di Semenanjung menjadi cabaran besar kepada kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri.

“Di Semenanjung, kita mengimport 30 peratus gas untuk menjana elektrik dalam industri dan jika tidak berhati-hati atau tidak ada langkah diambil, kita akan terus bergantung kepada negara asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Rafizi berkata, sumber minyak dan gas di Sabah dan Sarawak digunakan bagi memenuhi tuntutan serta penggunaan di kedua-dua negeri itu.

“Selain memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak, sumber ini sebahagian besar memang dieksport dan diikat dengan perjanjian jangka panjang oleh pembeli,” katanya.

BHonline-

Tags: gasminyak mentahsumber minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

Permintaan Minyak Mentah Dijangka Kekal Lebih 100 Juta Tong Sehari Selepas 2040

Permintaan Minyak Mentah Dijangka Kekal Lebih 100 Juta Tong Sehari Selepas 2040

03/11/2025
0

ABU DHABI: Permintaan minyak mentah dijangka kekal melebihi 100 juta tong sehari selepas 2040 walaupun industri itu bakal berdepan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd