• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbaloi Menang Kes Di Tribunal

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan majlis perkahwinan berlangsung dengan sempurna apatah lagi ia diraikan bersama keluarga tersayang serta sahabat handai.

Namun, impian Amy Nur Alice Kamaruddin, 23, dan pasangannya, Mohd Nor Afzarizal Zulkipli, 35, bertukar mimpi ngeri apabila mendakwa diperdaya pihak pengendali makanan gagal menyediakan hidangan pengantin dan lauk-pauk para tetamu seperti dijanjikan.

Pasangan raja sehari ini mengakui kecewa dengan tindakan syarikat pengendali makanan dan pengurusan perkahwinannya yang berlangsung di Dewan Kolej Universiti Widad, Indera Mahkota, Mac lalu.

Pasangan suami isteri ini, terpaksa menanggung malu selepas mendapati ada sebahagian daripada tetamu yang hadir tidak dapat menikmati hidangan pada majlis tersebut, selain terpaksa menunggu satu jam untuk makanan tambahan.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian makanan perlu disediakan untuk 1,000 tetamu, bagaimanapun ia seolah tidak mencukupi apabila ia mula dihidang pada 12.30 tengah hari namun sudah habis sebelum jam 2 petang.

“Jadi keluarga kami terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli nasi Briyani kerana bimbang ada sebahagian tetamu yang masih belum menjamu selera.

“Malah, lauk sotong yang dijanjikan juga tidak muncul dan pihak syarikat itu memberikan alasan hidangan berkenaan tertumpah di dalam lori, namun bagi saya alasan itu langsung tidak munasabah. Kami sekeluarga berasa seolah diperdaya dan ditipu mereka,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kotasas, disini.

Mohd Nor Afzarizal berkata, disebabkan tidak puas hati dengan syarikat terbabit satu tuntutan dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) April lalu dan mereka menang kes itu.

“TTPM arahkan syarikat itu membayar ganti rugi kepada kira RM8,200,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan keadilan sekiranya mereka menjadi mangsa.  – Sinar Harian 

Tags: Suami IsteriTRIBUNAL PENGGUNA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd