• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri Kabinet Beri Keterangan 5 Jam

oleh
17/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas menteri kabinet memberi keterangan kira-kira lima jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung kes penyelewengan pemberian kontrak projek hybrid solar untuk sekolah pedalaman di Sarawak.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata pemimpin kanan sebuah parti politik itu dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut Simi, pemimpin itu yang juga seorang anggota parlimen memberi keterangan dari 10 pagi hingga 3 petang semalam.

“Kami masih menyiasat kes ini” katanya ketika ditanya sama ada pemimpin itu akan dipanggil lagi oleh SPRM.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik.

Pada 27 Jun, dua lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkalan di Bintulu, Sarawak direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian kontrak projek hybrid solar itu.

Pada 9 Julai, seorang bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergelar ‘Datuk’ ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan yang sama. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Sindiket Seludup Rokok Tumpas Di Johor

Next Post

PPBM NS Terima Permohonan Pemimpin UMNO

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

PPBM NS Terima Permohonan Pemimpin UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd