• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Guru Cerita Muka Anwar Merah Padam Tahan Marah

oleh
06/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS guru Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkongsi kisah bagaimana satu ketika dahulu beliau pernah buat muka Anwar jadi merah padam menahan marah.

Tanpa menyatakan tarikh yang tepat, Abdul Rahman berkata kisah itu berlaku ketika beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Pelajaran sementara Anwar ialah Menteri Pendidikan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu bergelar Datuk Seri.

“Kalau dalam perbincangan saya tidak tegur dia (jika dia tersilap), sebab saya tidak mahu dia malu kepada orang lain yang ada dalam perbincangan, tapi saya masuk ke bilik dia dan saya kata apa saya suka.

“Muka dia kadang-kadang merah padam,” kata Abdul Rahman pada majlis pelancaran e-Tuisyen Percuma Murid-murid Daerah Port Dickson (pdtuition.com) di Port Dickson hari ini.

Beliau menceritakan perkara itu ketika celah semasa Anwar menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang turut dihadiri warga pendidik dari sekolah sekitar Port Dickson.

Ucapan ringkas Abdul Rahman itu seterusnya disambut tawa oleh mereka yang hadir. Untuk rekod Anwar ialah Menteri Pendidikan dari 1986 hingga 1991 manakala Abdul Rahman menjadi Ketua Pengarah Pelajaran dari 1985 hingga 1991.

Abdul Rahman yang kini adalah Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata Anwar juga seorang yang sangat menghormati gurunya dan sikap itu masih dimiliki Anwar walaupun memegang jawatan yang lebih tinggi.

“Ketika di Kementerian Pendidikan, bila saya masuk ke bilik dia, dia mesti berdiri. Bukan saya paksa dia tapi dia sendiri yang mahu berdiri,” kata Abdul Rahman yang pernah menjadi guru kepada Anwar ketika Ketua Umum PKR itu belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) antara 1960 dan 1966.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya berkata beliau mengundang Abdul Rahman ke majlis pelancaran tersebut kerana mahu menghargai jasa bekas gurunya yang disifatkan antara yang terbaik pernah mengajarnya.

“Beliau seorang guru yang tegas, tetapi beliau mendidik saya dengan baik dan beliau banyak berjasa kepada saya. Tanpa dijangka ketika dilantik sebagai Menteri Pendidikan, beliau (Abdul Rahman) pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran.

“Jadi kami telah berkerja sebagai satu pasukan dan pengalaman di Kementerian Pendidikan pada waktu itu adalah yang paling menggembirakan dan menyenangkan bagi saya,” katanya.

Program e-Tuisyen adalah inisiatif Anwar yang diusahakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan syarikat swasta bagi menawarkan tuisyen percuma dalam talian untuk murid tahun satu hingga tingkatan lima di daerah Port Dickson.

Anwar memperkenalkan program itu sebagai antara perkara yang dilaksanakannya jika terpilih sebagai anggota Parlimen pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson 13 Oktober ini. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd