• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Didakwa Terima Suapan RM20,000

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkakasan dan peralatan komputer dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM20,000 daripada seorang individu, tiga tahun lepas.

Azizul Fikri Ab Rahman, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Mohd Sabri Ismail.

Lelaki itu didakwa menerima suapan tersebut melalui akaun bank Maybank miliknya sebagai upah untuk meluluskan tuntutan komisyen bagi projek Pusat Siber Rakan Muda Zon Sarawak berjumlah RM45,000.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Bandar Kinrara dekat sini, kira-kira 4.36 petang pada 14 September 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan, Azizul Fikri boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Mohd Sabri membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 serta seorang penjamin selain pasportnya diserah kepada mahkamah dan 2 November depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Hazirah Azeman sementara tertuduh diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff. – BERNAMA

Tags: Bekas CEOterima suapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perbicaraan Kes Bekas CEO SSM 9 Mac Depan

18/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes menerima suapan, menyalahgunakan kuasa dan bersubahat membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia...

Hakim, Timbalan Pendakwa Raya, Peguam Dituduh Terima Suapan

06/11/2019
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Sesyen, Azmil Muntapha Abas, Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azhwa Yusrie Mohamad dan Noor Amirul Nazreen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd