• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Ditinggalkan Dinama Muhammad Rizqy Sofiy

oleh
12/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bayi yang ditemui ditinggalkan di dalam tandas wanita di Hentian sebelah Lanchang, Temerloh Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) pada pagi Selasa lalu dinamakan Muhammad Rizqy Sofiy.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata nama berkenaan membawa maksud kurniaan atau rezeki Allah yang lembut.

“Bayi seberat 2.76 kilogram itu kini masih lagi dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini dan dinamakan Muhammad Rizqy kerana rezekinya ditemui cepat oleh orang awam membolehkannya diselamatkan dengan segera.

“Walaupun bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat, namun dia masih menerima rawatan antibiotik kerana kita tidak tahu di mana dia dilahirkan dan dikhuatiri mengalami jangkitan kerana tali pusatnya juga tidak dapat dipastikan dipotong dengan menggunakan peralatan yang bersih atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa lebih setengah jam melawat bayi berkenaan di Wad NICU, Hoshas di sini hari ini.

Shahaniza diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Zulkhari Zainol Abidin.

Bayi malang berkenaan ditemui orang awam pada jam 5 pagi Selasa lalu di dalam tandas wanita di Hentian Sebelah Lanchang, menghala ke Timur dalam keadaan bogel dan bernajis, dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di situ.

Menurutnya Muhammad Rizqy dijangka akan dibenarkan keluar daripada hospital itu pada minggu depan setelah dipastikan benar-benar sihat dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Dalam tempoh sejak empat tahun lalu, sebanyak enam kes buang bayi telah direkodkan di negeri ini dan walaupun jumlahnya tidak tinggi, kerajaan negeri sentiasa memandang berat tentang masalah berkenaan.

“Dalam masa yang sama kerajaan negeri dengan kerjasama badan bukan kerajaan juga sentiasa mengadakan kempen-kempen kesedaran terutama di kalangan belia dan remaja tentang natijah seks bebas.

“Kita juga meminta remaja yang terlanjur dan jika mengandung, jangan buang bayi berkenaan kerana dia tidak berdosa, sebaliknya boleh diserahkan kepada JKM menerusi program ‘baby hatch’,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd