• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran RM10.02 Bilion Wang Pendahuluan ECRL Boleh Ditebus Balik

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka dapat menebus balik bayaran pendahuluan RM10.02 bilion yang dibayar kepada China Communications Construction Ltd (CCCC) sekiranya projek infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibatalkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata setakat 15 Feb lalu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek telah membayar lebih RM19.6 bilion kepada CCCC yang merupakan kontraktor utama projek itu.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi bayaran pendahuluan RM10.02 bilion dan pembayaran kemajuan RM9.67 bilion.

“Perlu ditarik perhatian di sini bahawa bon pendahuluan boleh ditebus oleh MRL sekiranya projek ditamatkan.

“Dalam erti kata lain jika berlaku senario terburuk, kerajaan boleh dapat balik RM10.02 bilion,” katanya menjawab soalan Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) pada sesi soal jawab.

Lim juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa keputusan sama ada projek ECRL itu akan ditamat atau diteruskan belum dimuktamadkan memandangkan rundingan antara pihak terlibat masih berjalan.

Menurutnya, kerajaan Selangor membantah projek itu kerana cadangan landasan dari Gombak ke Pelabuhan Klang akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan status tapak warisan UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) bagi Klang Gate Quartz Rigde sepanjang 16 km, yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

Katanya, semua kerja berkaitan projek ECRL telah digantung sejak 3 Julai lalu sehingga satu keputusan baharu dibuat.

Beliau berkata setakat ini empat sesi rundingan telah diadakan antara kerajaan Malaysia dan pihak China mengenai hala tuju ECRL manakala MRL dan CCCC juga telah mengadakan beberapa sesi teknikal untuk melihat mengurangkan kos projek itu yang dianggar mencecah RM80.92 bilion.

“Kerajaan masih belum buat keputusan. Saya harap YB (Yang Berhormat) boleh faham, kos yang dibiayai adalah tinggi. Selain RM80.92 bilion itu, pihak kerajaan masih belum ambil kira lagi kos faedah yang perlu dibayar untuk membiayai projek ini selain kos pengurusan yang boleh mencecah RM1 bilion setiap tahun,” kata Lim. – BERNAMA

Tags: Projek ECRLtebus balik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd