• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Dihukum Gantung Sayu Lihat Anak Meluru Bawa Bantal

oleh Cj Mnh
08/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Suasana pilu menyelubungi perkarangan luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, hari ini apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilihat membawa bantal kecil mengejar bapanya yang diiringi polis selepas dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah.

Kanak-kanak terbabit yang tidak mengetahui apa berlaku ditemani neneknya dilihat meluru ke arah bapanya yang hanya mampu memandang sayu ke arah anaknya itu.

Situasi itu turut membuatkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan tersentuh hati.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh, Keow Sze Teve, 36, kerana mengedar dadah dan 16 tahun penjara dengan empat sebatan kerana memiliki senjata api dan peluru tiga tahun lalu.

Abdul Wahab berkata, pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes terbabit.

“Dalam keterangannya, tertuduh memberitahu isterinya menghantarnya ke lokasi dan dadah itu ditemui dalam kereta. Dia menafikan bahawa kereta itu adalah miliknya dan mendakwa ia dipinjam daripada kawan.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan polis, mereka menemui sijil kelahiran tertuduh dalam kereta itu. Tertuduh menafikannya dan mengatakan bahawa ia berada di dalam beg sandangnya.

“Polis juga menemui kunci kereta di dalam meja di lokasi tempat tertuduh ditahan. Berdasarkan kes ini, mahkamah mendapati kesaksian tertuduh itu adalah penafian semata-mata,” katanya.

Tertuduh diwakili peguam C Ravi manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Selvaranjini.

Dalam rayuannya, Ravi meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan juga sebatan minimum untuk tertuduh.

“Sebelum ditangkap, tertuduh bekerja sebagai pengutip hutang kepada syarikat pemberi pinjaman wang berlesen, mempunyai isteri dan juga anak berusia tiga tahun dua bulan di bawah jagaannya,” katanya.

Abdul Wahab kemudian menjatuhkan hukuman mati untuk dua pertuduhan pertama iaitu mengedar dadah, penjara lapan tahun dan dua sebatan masing-masing untuk tuduhan pemilikan pistol dan lima tahun penjara kerana memiliki peluru.

Bagi dua pertuduhan pertama, beliau dituduh mengedar 512.2 gram dan 474 gram methamphetamine di Jalan Impian Ria, Taman Impian Ria, Machang Bubok pada 19 Jun 2015 kira-kira jam 2 pagi.

Kesalahan itu dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga dan empat, dia dituduh memiliki pistol berjenama Pistol 8000 FT dan 12 peluru 9mm jenama RA1 10 Luger di Jalan Impian Ria, Taman Impian Ria, Machang Bubok pada 19 Jun 2015 pada kira-kira jam 2 pagi.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, dia dituduh memiliki pistol berjenama Pietro Beretta Gardone VT, dan 32 peluru jenama S & B 9X9 12 dan 15 peluru jenama S & B 40 S & W di lokasi, tarikh dan masa yang sama. – BH Online

Tags: Hukuman Gantungkes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd