• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Kaji Semula Penebangan Hutan Sungai Lembing

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang digesa untuk mengkaji semula aktiviti penebangan hutan dan pembalakan yang didakwa berlaku di Sungai Lembing, di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung mendakwa aktiviti tersebut menyebabkan banjir lebih kerap berlaku di beberapa kawasan di daerah ini, berbanding sebelum tahun 2010.

“Tindakan sewajarnya adalah perlu bagi memastikan kawasan tadahan hujan dan hutan simpan di situ terpelihara. Jika tidak, ia menyebabkan aliran air lebih laju yang menjadi punca kekerapan banjir berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lee menambah antara kawasan yang sering dilanda banjir pada musim tengkujuh, yang dijangka berlaku pada hujung tahun, di sekitar Parlimen Indera Mahkota ialah Cenderawasih, Kampung Tiram, Taman Impianku dan Bukit Setongkol.

Selain masalah itu, Lee mendakwa kejadian banjir khususnya yang berlaku di Taman Setali, Taman Shahzan dan sebahagian Bukit Setongkol adalah disebabkan masalah sistem peparitan.

“Kita telah meminta pihak berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Perbandaran Kuantan untuk membersihkan dan menyelenggara parit terlibat bagi mengurangkan risiko berlaku banjir kilat akibat hujan lebat.

“Mereka sudah melakukan kerja-kerja pembersihan itu tapi saya berharap masyarakat juga akan memainkan peranan dan bertanggungjawab terhadap kebersihan parit untuk kemudahan semua,” katanya.

Lee memaklumkan seperti tahun lepas, pihaknya akan menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Bencana Banjir bagi membantu kerja menyelamat, pengagihan bantuan dan membersihkan kawasan terjejas banjir di sekitar Parlimen Indera Mahkota.

Katanya, jawatankuasa itu dianggotai pasukan sukarelawan, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pemuda Pemudi Orang Kuantan dan Pertubuhan Kebajikan Kaum Hindu Kuantan.

“Kami juga berharap mana-mana pihak yang berminat untuk menghantar bantuan dapat menghubungi talian hotline di 018-2290073 atau 014-5866666 supaya bantuan dapat diselaraskan dengan baik dan memudahkan gerak kerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirSungai Lembing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd