• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Jebat Puas Dapat Tebus Kekecewaan Lalu

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Ayda Jebat berasa puas dan berbangga apabila lagu Mata diangkat sebagai Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik (APM 2018) di Singapura, minggu lalu.

Menurut Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, kemenangan itu bagaikan satu mimpi dan ia menebus kesedihan dan kekecewaan lalu.

“Saya rasa macam mimpi, saya percaya lagu Mata adalah lagu terbaik yang pernah saya ada dan memang dicipta untuk pertandingan.

“Ia betul-betul menebus kesedihan dan kekecewaan sebelum ini yang saya dah lupakan lama. Kadang-kadang kita tak perasan yang tuhan aturkan jalan ini dan menunjukkan orang luar lebih menghargai lagu tersebut.

“Saya sangat berbangga dapat tunjukkan lagu ini mampu berjaya dan itu bererti kalah sekali tidak bermaksud kita akan kalah selamanya,” katanya kepada mStar Online.

Ayda Jebat bangga lagu Mata diangkat di APM2018.

Ayda ditemui semasa pelancaran Oppo F9 edisi Starry Purple yang diadakan di KL Live pada Selasa lalu.

Ini merupakan tahun keempat pelakon drama Bukan Cinta Kristal ini dilantik menjadi duta untuk jenama tersebut.

Sebelum ini, penyanyi berusia 26 tahun ini pernah meluahkan rasa kecewa apabila Mata gagal mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL) pada tahun lalu.

Sementara itu, Ayda mengakui terkejut apabila juri memilih lagu ciptaannya bersama Audi Mok dan Shazee itu sebagai pemenang.

“Sejujurnya, saya hantar tiga lagu untuk diadili iaitu Mata, Bagaikan Pelangi dan Pinjamkan Hatiku, tapi tak sangka lagu ini yang dipilih sampai saya tertanya kenapa Mata?

“Mungkin ada sesuatu tentang lagu ni yang orang lain tak perasan tapi juri nampak. Alhamdullillah,” katanya yang bakal muncul dengan lagu berjudul Temberang tidak lama lagi. – mStar Online

Tags: Ayda Jebatpelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd