• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Tambah 400 AW Di Kelantan, Terengganu

oleh
13/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan pertambahan sebanyak 400 anggota Askar Wataniah (AW) di Kelantan dan Terengganu pada tahun depan.

Panglima 8 Briged, Brig Jen Muhammad Huzaimi Sabri berkata setakat ini terdapat seramai 5,000 askar itu di dua negeri tersebut dengan 30 peratus daripadanya terdiri daripada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Alhamdulillah saya lihat kekuatan anggota sukarela yang berdaftar mencapai sebagaimana yang dikehendaki. Di Terengganu sahaja kita ada hampir 2,400 kekuatan iaitu satu tahap yang kita boleh banggakan.

“Bagaimanapun kita mahu lebih ramai penuntut dan orang awam menyertai perkhidmatan ini bagi imbangi jumlah anggota di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kem Latihan Tahunan Rejimen 512 AW 2018, di Kem Padang Midin, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Komanden Rejimen 512, Lt Kol Roslan Mohd Zain.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pasukannya yang terdiri daripada 160 pegawai dan 2,500 anggota sudah siap siaga menghadapi bencana banjir di dua negeri ini.

Katanya, beliau telah menetapkan pasukan dan kekuatan anggota yang bakal dikerah sekiranya berlaku banjir pada bila-bila masa.

“Untuk Ops Murni (banjir) ini saya sudah ‘peruntukan’ unit yang akan ambil setiap daerah. Setiap daerah kita akan kerah satu atau dua platun yang setiap daripadanya terdiri daripada seorang pegawai dan 30 anggota,” katanya.

Beliau berkata untuk daerah yang lebih besar ia boleh membabitkan satu kompeni biasanya terdiri daripada 100 anggota tetapi ia juga bergantung kepada keadaan semasa di tempat- tempat berlakunya banjir. – BERNAMA

Tags: Askar WataniahATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd