• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Rampas Daun Ketum Bernilai Hampir RM37,000 Di Sempadan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2RS) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 408 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM36,720 dalam rondaan berasingan di sekitar Pos Sahara dekat Padang Terap petang semalam.

Panglima Enam Briged Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata dalam serbuan pertama pada pukul 1.15 petang, pasukan ronda yang diketuai oleh Koperal Alfizan Busri telah menemui dua guni putih dan 20 plastik hitam yang berisi 280 kg daun ketum bernilai RM25,200 yang ditinggalkan di kawasan semak berdekatan Pos Sahara.

“Daun ketum itu ditemukan selepas pasukan ronda terbabit mengesan laluan motosikal yang baru digunakan berhampiran anak sungai dan telah membawa pasukan itu ke kawasan semak dimana daun ketum ditinggalkan untuk diseludup pihak ketiga ke negara jiran.

“Penyeludup kini membuka taktik baharu dengan membuka laluan lain di tepi sungai bagi mengabui mata pihak berkuasa, namun rondaan ketat pasukan keselamatan di sempadan berjaya mengesan aktiviti penyeludupan untuk tindakan,” katanya.

Melalui serbuan kedua pada pukul 4.20 petang itu, pihaknya menahan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda berumur 30-an sedang menuju ke arah sempadan dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan yang diketuai Sarjan Mohd Azman Abd Manaf telah menahan kenderaan tersebut dan pemeriksaan lanjut menemui 12 bungkusan plastik hitam mengandungi 128 kg daun ketum bernilai RM11,520 yang disorokkan dibawah kepingan logam di bahagian belakang kenderaan itu yang telah diubah suai, tetapi ketika anggota tersebut sedang melakukan pemeriksaan, lelaki itu yang dipercayai rakyat tempatan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan dan usaha mengesannya gagal,” katanya,

Abdul Aziz berkata kesemua daun ketum yang dirampas dipercayai untuk diseludup ke negara jiran berikutan permintaan dan nilai yang tinggi.

Daun ketum serta kenderaan yang dirampas kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: ATMDaun Ketum
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd