• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Patah Cubaan Bawa Keluar PATI Dari Malaysia

oleh
03/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Cubaan seorang tekong untuk menyeludup keluar 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dari negara ini melalui perairan Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi, semalam berjaya dipatahkan apabila diserbu pihak berkuatkuasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata serbuan bersama Regimen Ke 6 Artileri Diraja yang bertugas di Pos Tanjung Sepang itu dilakukan pada pukul 8 malam setelah menerima maklumat orang awam.

Katanya, semua PATI terdiri daripada 14 lelaki dan enam wanita berusia antara 23 dan 50 tahun itu, dilaporkan baru sahaja hendak menaiki bot ketika serbuan diadakan.

“Namun tekong yang dipercayai warga Indonesia itu meloloskan diri ke perairan negaranya menaiki bot setelah dikejar pihak berkuasa selama 20 minit,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata PATI terlibat pula ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Akta Imigrisen 1959/63 kerana keluar atau masuk melalui jalan yang tidak diwartakan.

Jika didapati bersalah, kesemua suspek boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau keda-duanya sekali.

Zulfadhli berkata warga Indonesia yang ingin pulang ke kampung halaman mereka dinasihatkan agar menggunakan laluan yang sah atau yang telah diwartakan, dengan membuat proses dokumentasi di Kedutaan Indonesia dan Pejabat Imigresen Malaysia supaya dapat pulang dengan selamat. – BERNAMA

Tags: APMMPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd