• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Kabinet Label Pemandu Teksi Golongan Biadap!

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi yang terpedaya dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu berterusan dilabelkan sebagai golongan biadap oleh anggota Kabinet kerajaan PH.

Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin turut melabelkan sebilangan pemandu teksi sebagai biadap kerana sikap mereka keatas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada satu majlis di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

“Jika beginilah sikap segelintir pemandu teksi, mereka tidak boleh sama sekali salahkan orang yang memilih perkhidmatan Grab. Salahkan diri anda sendiri!!!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir pada majlis bersama pemandu teksi di Langkawi beberapa hari lalu mengumumkan beliau bersedia meletak jawatannya selepas merajuk dengan tindakan segelintir pemandu teksi meninggalkan sesi dialog bersama beliau.

Pemandu teksi terbabit dipercayai kecewa dengan penjelasan Mahathir mengenai isu Grab pada majlis itu selain berasa tertipu dengan janji manis PH pada PRU14.

Mahathir pada kempen pertamanya selepas disahkan sebagai calon PH bagi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14 berjanji akan mengkaji aplikasi e-hailing bagi membela nasib pemandu teksi.

“Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia. Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan,” kata Mahathir pada 28 April lalu.

Berikutan itu, pemandu teksi di seluruh negara gigih berkempen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memenangkan PH pada PRU14.

Bagaimanapun, selepas menang PRU14, kerajaan PH mengumumkan perkhidmatan Grab dibenarkan terus beroperasi, malah syarikat e-hailing Grab bakal menggantikan perkhidmatan bas perantara di stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang bagaimanapun mengakui beliau memihak kepada pemandu teksi sebelum PRU14 dan pernah membangkitkan di Parlimen isu persaingan tidak sihat antara perkhidmatan teksi dan Grab.

“Tetapi, selepas melihat tindakan segelintir pemandu teksi di Langkawi yang amat biadap sekali pada Perdana Menteri yang cuba cari penyelesaian “win win” dalam isu ini , saya betul-betul marah dan kecewa dengan sikap biadap mereka.

“Kesian pada para pemandu teksi yang jujur dan baik . Mereka mungkin juga terpalit dengan tindakan biadap segelintir teman mereka,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: kabinetKerajaan PHpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd