• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Reda, Tidak Akan Tukar Parti

oleh
24/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAU apa pun dugaan mendatang, ahli-ahli UMNO reda untuk hilang pemimpin-pemimpinnya, namun, mereka tetap mempunyai pendirian teguh dan sama sekali tidak akan menukar parti.

Justeru Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan, di ibu negara hari ini berkata, ahli-ahlinya adalah orang Melayu yang amat setia dengan partinya.

Malah tambah beliau, UMNO juga merupakan parti yang cukup berperaturan dan berdisiplin selain politik wang sudah pun berjaya dihapuskan ketika pemilihan jawatan baru-baru ini.

“Kini, politik wang menjadi amalan parti lain yang berhijrah dari UMNO. Amat sukar bagi ahli UMNO untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Yang sering bermasalah dalam UMNO adalah pemimpinnya, yang bertukar parti adalah pemimpinnya, yang berebut kuasa adalah pemimpinnya, yang rasuah adalah pemimpinnya, dan diseret ke mahkamah adalah pemimpinnya,” katanya.

Beliau mengulas gesaan biadab oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Shah Alam, Selangor semalam yang dengan angkuh menggesa supaya ahli-ahli UMNO pula menyertai PPBM.

UMNO kini memiliki seramai 3.6 juta ahli dengan 22,000 cawangan di 191 bahagian. Mesyuarat UMNO dengan hampir 200,000 perwakilan selama ini berjalan aman tanpa insiden tidak diingini.

Tambah Annuar, puluhan ribu ahli UMNO di negeri-negeri tertentu masih lagi tetap kukuh dengan parti, sebaliknya PPBM pula terutama di Negeri Sembilan yang terpaksa dibubarkan akibat isu dalaman.

“Begitu juga di negeri-negeri lain di mana PPBM sebenarnya sangat lemah, terlalu kecil dan tiada pun sambutan daripada rakyat sendiri,” tegas Annuar. – Utusan Online

* Video berikut sekadar hiasan…

Tags: Annuar MusaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd