• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Bebas Tuduhan Beri Keterangan Mengelirukan

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberikan penyataan mengelirukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Muhammad Ghazali Abdul Majid, 42, terhadap sabitan dan hukuman denda RM480,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Nov 2017 selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan itu.

Azman berkata hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, telah terkhilaf dalam membuat keputusan itu atas alasan Muhammad Ghazali yang merupakan perayu telah menukar kenyataannya ketika sesi soal siasat dengan SPRM.

“Keterangan diberi perayu bukan bercanggah tetapi membetulkan penyataannya, oleh itu perayu dilepas dan dilepaskan dan wang denda sebanyak RM480,000 dipulangkan,” katanya.

Muhammad Ghazali, didakwa telah memberi penyataan mengelirukan kepada pegawai penyiasat SPRM ketika soal siasat berhubung kes di bawah Seksyen 32(2)(C) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat SPRM, Putrajaya, antara 3.50 petang hingga 6 petang, pada 14 Okt 2016, mengikut Seksyen 32(8)(C) AMLATFPUAA yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Muhammad Ghazali diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla manakala Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Ahli PerniagaanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd