Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

ICERD Turut Ancam Pribumi...

KUALA LUMPUR - Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan...

Serpihan Kayu Pool 15cm...

MALANG menimpa seorang lelaki di China selepas terlibat dalam satu pergaduhan di dalam...

Sebanyak 1,000 OKU Sertai...

SEREMBAN - Sebanyak 1,000 Orang Kurang Upaya (OKU) akan menyertai Sambutan Hari OKU...

Anthony Loke Dinamakan Menteri...

SEREMBAN – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini dinamakan...

Pekerja Zoo Maut Dibaham Harimau Putih

TOKYO – Seorang penjaga zoo maut dibunuh seekor harimau putih ketika mangsa berada di dalam kandang haiwan berkenaan di selatan Jepun.

Pegawai polis tempatan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kandang harimau itu dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Kejadian berkenaan berlaku lewat malam tadi di Zoo Hirakawa, di selatan bandar Kagoshima.

Menurut laporan media, Akira Furusho, 40 ditemui dalam keadaan cedera parah di bahagian leher dan polis percaya mangsa dibaham harimau dari spesis jarang dijumpai itu.

Pihak pengurusan zoo memberitahu, harimau yang terbabit menyerang mangsa diberi suntikan pelali bagi membolehkan pasukan penyelamat dan pihak polis masuk ke lokasi kejadian.


Tiada sebarang perkembangan terkini diketahui setakat ini berhubung nasib harimau yang menyerang mangsa. – AFP/BH ONLINE

Kategori