Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

23 Anggota Macau Scam...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sekumpulan lelaki warganegara China yang dipercayai sedang menjalankan...

Pengundi Cina Perlu Berhenti...

MELAKA – Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP...

Keputusan Subsidi Petrol Bersasar...

KOTA KINABALU - Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang dijanjikan...

Kucing Kacau Tuannya Solat,...

JIKA disebut sahaja kucing, secara jujurnya pasti ramai yang sangat sukakan keletah haiwan...

6 Anggota Bomba Lemas Mati Syahid – Mufti WP

JASA… Enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mati lemas dalam kejadian di sebuah lombong di Puchong, Selangor petang semalam, diiktibarkan sebagai syahid.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, iktibar tersebut berasaskan kepada nas hadis Riwayat al-Bukhari (653) yang bermaksud, “Orang yang mati syahid ada lima golongan.

“Mereka iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah”.

“Berita kematian enam anggota JBPM kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas.

“Kepada rakan kita yang terkorban ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan terpilih dan mempunyai hati yang suci.

“Serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutama dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir,” kata Zulkifli dalam kenyataan dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kejadian enam anggota JBPM yang lemas ketika menyelamat seorang remaja di sebuah lombong berhampiran Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat Puchong kira-kira pukul 5.19 petang semalam.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang, manakala Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hafdzul Malik Shaari, 25, dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Menurut Zulkifli, semua mangsa adalah syuhada dan semoga Allah SWT menempatkan mereka bersama-sama para Nabi, Al-Siddiqin dan Syuhada.


Katanya, atas asas itulah, timbul perasaan dukacita ekoran tragedi yang berlaku, tetapi gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang disifatkan luar biasa.

“Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada ini. Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insya-Allah setiap apa telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya.

“Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha-Allah akan datang bantuan daripada-Nya,” kata Zulkifli lagi.

Beliau meminta kepada rakyat Malaysia, agar menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

Kepada kerajaan Malaysia, kata Zulkifli, beliau mengesyorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga.

“Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baharu yang sanggup berkorban apa sahaja,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori