• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Pengetua Hebat Di Sekolah Prestasi Rendah

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah harapan (berprestasi rendah) di seluruh negara di bawah program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan hari ini berkata kumpulan pertama pengetua tersebut akan berkhidmat selama tiga tahun di sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah.

“Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibantu oleh pensyarah pembimbing dari Institut Aminuddin Baki (IAB),” katanya.

Kesemua pengetua terbabit telah menerima Watikah ProPeks Kohort 2018 daripada Maszlee pada satu majlis yang diadakan di IAB, Genting Highlands hari ini.

Menyifatkan pengetua cemerlang terbabit sebagai “hero anak bangsa”, Maszlee berkata penempatan mereka merupakan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk membawa perubahan kepada sekolah berprestasi rendah.

Maszlee berkata penempatan pengetua-pengetua berprestasi cemerlang di sekolah-sekolah berprestasi rendah di bawah program itu adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepimpinan mereka di sekolah terdahulu.

“Jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malah kualiti kepimpinan organisasi tersebut.

“Dalam konteks sistem pendidikan kita, kepimpinan strategik pada peringkat Kementerian Pendidikan yang mantap perlu disokong oleh kumpulan kepimpinan yang dinamik pada peringkat jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah,” katanya.

Maszlee berkata ProPeks yang mendokong aspirasi Anjakan Kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh individu berprestasi tinggi.

Menurutnya projek rintis ProPeks melibatkan sembilan pengetua berprestasi cemerlang telah memulakan khidmat mereka sejak tahun lepas. – BERNAMA

Tags: pengetuaSekolah Prestasi Rendah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengetua, Guru Besar Wajib Patuhi SOP Pengeluaran Wang Tunai

Pengetua, Guru Besar Wajib Patuhi SOP Pengeluaran Wang Tunai

17/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Pengetua atau guru besar wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)...

Pengetua Bebas Tuduhan Amang Seksual Fizikal 4 Pelajar Lelaki

24/05/2022
0

BUTTERWORTH : Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd